Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku

Negeri Ini

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!

Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.

Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya.

Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.
Maksud lambang dan warna pada Bendera Malaysia

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju
yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur

Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi
menjaga nama dan menaikkan imej negara.

MERAH - Pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. 
 PUTIH - melambangkan keluhuran dan keikhlasan.
BIRU -  melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala;
KUNING - melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Biodata Tunku Abdul Rahman
Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. 

Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda). 

Pendidikan : 
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 
1916 - Penang Free School, Penang. 
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London. 

Kerjaya : 
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). 
Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. 
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 
1956 - Rombongan Merdeka ke London. 
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 
1970 - Bersara dari Politik. 
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Perbincangan Dan Penutup
Secara keseluruhannya, zaman penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu terutamanya British mendapat tentangan yang hebat daripada penduduk tempatan. Segala pembaharuan yang dilakukan oleh British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan. Oleh itu, satu kesedaran dan semangat nasionalisme timbul dalam kalangan rakyat untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa asing. Walaubagaimanapun, penentangan yang dilakukan tidak dapat menandingi kekuatan pihak British tetapi rakyat tempatan tidak berputus asa untuk menghalau British. Pelbagai usaha yang dilakukan khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebagai generasi yang lahir selepas kemerdekaan, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang telah Tuhan berikan kepada Malaysia. Selain itu, peristiwa sejarah perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini agar kita tidak semakin alpa dan memastikan penjajahan di Tanah Melayu tidak berulang. Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan negara, agama dan bangsa.
Batasan Kajian
Kajian ini dilakukan di Politeknik Nilai ke atas pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI dan mempunyai populasi seramai 74 (100%). Jumlah keseluruhan populasi responden seramai 74 orang (100%). Dalam kajian ini seramai 30 (40.5%) diambil sebagai sampel.
Dapatan Kajian
MENGKAJI PROSES PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU YANG BERLAKU AKIBAT KEMASUKAN NEGARA-NEGARA ASING
Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI telah terlibat dalam proses soal selidik ini. Hasil daripada jawapan yang diperolehi daripada responden, kami mendapati bahawa bilangan yang menjawab sangat setuju pada soalan 1 ialah 9 orang. Pada soalan 2, responden yang menjawab setuju ialah 17 orang. Soalan 3 pula kami mendapati bahawa bilangan setuju yang dijawab oleh responden ialah 14 orang. Seterusnya, bilangan yang menjawab sangat setuju ialah 4 orang pada soalan 4 dan soalan terakhir ialah soalan 5 kami mendapati bilangan yang menjawab tidak setuju ialah 4 orang. Hasil daripada pemerhatian kami, kami mendapati bahawa pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI berlainan pendapat tentang proses penjajahan yang berlaku akibat kemasukan negara-negara asing.



MENGENALPASTI BENTUK-BENTUK PENTADBIRAN PENJAJAH-PENJAJAH YANG DIAPLIKASIKAN DI DALAM NEGARA SEHINGGA MENJEJASKAN PENTADBIRAN YANG SEDIA ADA
Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI telah terlibat dalam proses soal selidik ini. Hasil maklum balas daripada borang soal selidik, kami mendapati bahawa bilangan responden yang memberi maklum balas kurang setuju pada soalan 1 seramai 7 orang. Seterusnya, pada soalan 2 seramai 7 orang menjawab setuju. Pada soalan 3 merujuk kepada graf seramai 5 orang menjawab kurang setuju. Soalan 4 pula seramai 16 orang pelajar yang menjawab setuju. Pada soalan 5 seramai 5 orang yang menjawab tidak setuju. Kesimpulannya, hasil daripada soal selidik ini menunjukkan pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI mempunyai pendapat yang berlainan mengenai bentuk-bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam negara sehingga menjejaskan pentadbiran yang sedia ada.


MENGETAHUI MENGENAI SEMANGAT PENENTANGAN TERHADAP PENJAJAHAN SERTA MENILAI KESAN-KESAN PENJAJAHAN TERSEBUT
Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI telah terlibat dalam proses soal selidik ini. Hasil daripada jawapan yang diperolehi kami mendapati bahawa bilangan responden yang menjawab sangat setuju pada soalan 1 ialah 20 orang. Seterusnya, pada soalan 2 seramai 13 orang yang menjawab sangat setuju. Pada soalan 3, merujuk kepada graf seramai 18 orang yang menjawab setuju. Soalan 4 pula seramai 17 orang yang menjawab setuju. Pada soalan 5 seramai 16 orang yang menjawab setuju. Kesimpulannya, hasil daripada soal selidik ini menunjukkan pelajar Politeknik Nilai yang merupakan Ahli Jawatankuasa SUFI dapat menyelami semangat penentangan terhadap penjajahan dan dapat menilai secara baik kesan-kesan penjajahan tersebut.
Kaedah Kajian
Terdapat dua kaedah kajian yang digunakan bagi melaksanakan kajian ini, iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah lapangan. Kaedah kajian perpustakaan merupakan sumber primer untuk mendapatkan maklumat tentang zaman penjajahan di Tanah Melayu. Maklumat tersebut telah didapati dari perpustakaan Politeknik Nilai. Buku ilmiah, surat khabar, majalah dan sebagainya dijadikan sebagai penyelidikan sumber pelbagai bagi menguatkan kajian ini. Laman web ilmiah dan blog, merupakan sumber sekunder dengan memuat turun bahan dari laman web tambahan untuk rujukan.

Kaedah kajian yang kedua ialah kaedah lapangan, kaedah ini digunakan dengan cara menyediakan borang soal selidik sebanyak 30 set yang terdiri darpada 15 soalan dan diedarkan kepada setiap responden seramai 30 orang pelajar Politeknik Nilai. Setelah diedarkan borang tersebut dikumpul semula sejurus sahaja selesai diisi dengan lengkap. Masa yang diberi bagi mengisi borang tersebut adalah selama 10 minit setiap seorang. Dengan cara ini pengumpulan maklumat dapat diperolehi dengan lebih terperinci dan tepat tentang kajian. Semua data yang diperolehi akan dianalisis bagi menghasilkan dapat kajian.



new past